Tips Jimat : Fotografi Di Hari Perkahwinan
Baca artikel ini hanya jika kamu ingin berjimat dan mengurangkan kos di dalam persiapan majlis perkahwinan kamu. Suasana indah, menarik, suka dan tak suka sewaktu majlis perkahwinan, harus dirakam dan disimpan untuk dijadikan kenangan dan pencetus memori di masa akan datang. Senang cakap, nanti boleh la nak show-off dgn cucu cicit tentang betapa gilang-gemilangnya majlis perkahwinan atuk/nenek mereka dulu. Barulah ada bukti kalau kita nak ceritakan, dulu nenek pakai baju blink-blink, atuk pakai sampin siap bertanjak dan selit pistol kat sampin.
Sekarang ni, dah banyak butik pengantin yang menyediakan perkhidmatan jurugambar yang boleh dimasukkan di dalam pakej perkahwinan. Macam biasa, kalau perkhidmatan lebih, bayarannya mestilah lebih juga. Rasanya bakal-bakal pengantin sendiri sedia maklum bahawa pakej untuk mengupah jurugambar adalah agak mahal, lebih-lebih lagi kalau kita nak jurugambar tu ambil gambar untuk semua acara dalam majlis perkahwinan kita. Kebiasaannya pakej yang disediakan, telah ditetapkan bayaran untuk beberapa acara yang kita boleh pilih sendiri. Contohnya acara akad nikah dan bersanding diletakkan harga RM600. Kalau nak ambil pakej ‘outdoor shooting’tambah lagi bayaran. Dan untuk acara bertandang atau menyambut menantu bayaran lain.
Beban betul tak? Saya tak salahkan jurugambar jika mereka meminta bayaran yang tinggi. Ini adalah kerja seni. Kos itu juga termasuk kos proses gambar dan print pada photobook atau frame gambar. Cuma jika budget kamu terhad tetapi inginkan budget yang terhad itu digunakan dengan sebaik mungkin, saya cadangkan kamu mengupah jurugambar hanya untuk sesi fotografi ‘outdoor’ sahaja. Bagi majlis akad nikah dan majlis bersanding gunakan camera biasa sahaja sudah cukup. Camera digital mesti ada kan? Kalau takde pun boleh pinjam daripada kawan atau sedara mara. Pastu minta la tolong salah seorang kawan atau ahli keluarga untuk mengambil gambar semasa 2 majlis tersebut. Pinjam 2, 3 kamera lagi baik. Dan mintak tolong 2, 3 orang untuk amik gambar. So, nanti kamu akan ada banyak pilihan gambar. Untuk print gambar tu, boleh buat sendiri. Cuma kena rajin je la kan. Kalau upah jurugambar tu lain la cerita dia. Sebab semuanya mereka buat. Pilih gambar, burn pada dvd dan susun dalam album. Senang lenang je hidup kalau upah jurugambar.
Kenapa saya suruh kamu pilih outdoor shoot? Okay, macam ni. Suasana semasa majlis akad nikah, majlis kenduri dan makan beradab, biasanya sama sahaja bagi setiap perkahwinan. Tetamu yang ramai. Bergambar di pelamin. Bergambar di meja makan pengantin. Dan pose yang pengantin boleh berikan, hanya pose biasa seperti suap-menyuap antara satu sama lain. Kemudian merapatkan kepala kepada pasangan pengantin. Senyum selebar lautan. Tapi hanya sekadar itu. Kamera biasa sudah cukup untuk merakamkan aksi-aksi biasa itu. Berbeza dengan pose yang boleh kamu berikan semasa ‘outdoor shoot’. Kamu boleh beraksi mesra, seperti dukung-dukung, main nyuruk-nyuruk di sebalik pokok atau berlari-lari bersama sama ada di tepi pantai atau di dalam padang lalang. Saya bukan memandai-mandai memberikan pandangan. Tetapi ini adalah pandangan jujur seorang jurgambar professional yang saya kenal. Beliau memberikan pandangan itu semasa saya ingin melangsungkan perkahwinan dahulu. Bagi saya, pendapat itu ada juga kebenarannya. Gambar yang cantik dengan latarbelakang yang menarik boleh mengabadikan memori itu dengan lebih indah. Lagipun gambar semasa outdoor shoot akan nampak lebih ‘mahal’ berbanding dengan bergambar semasa kenduri di dalam kesibukan tetamu dan orang lain. Pengantin pun boleh bergambar dan berposing lebih ‘over’ sebab sewaktu sesi fotografi itu hanya pengantin dan jurugambar sahaja yang ada. Jadi, tak la malu sangat nak posing kan?
Tapi jika ada banyak peruntukan untuk tujuan fotografi, tak ada salahnya mengupah jurugambar untuk semua majlis. Silakan. Kualiti gambar di saat-saat penting kamu lebih terjamin betul tak? Jadi, buatlah pilihan sebaik mungkin.
![Cenderahati atau Doorgift Yang Bermanfaat
Apabila pergi ke kenduri kahwin, tuan rumah mesti akan sediakan ‘doorgift’ untuk diberikan kepada tetamu-tetamu yang datang. Doorgift ni semakin lama semakin gempak. Dulu-dulu, semasa saya kecil, apabila pergi ke kenduri kahwin hanya akan dapat telur rebus. Yang menjadikan telur tu gempak atau tidak hanyalah cara telur itu dibungkus. Kalau rumah orang-orang kebanyakan akan bungkus dengan plastic berkilat yang berlubang-lubang dan perlu di’staple’ kat atas. Ada yang lagi sempoi main balut dengan tisu burger je. Jimat sangat sebab harga tisu kan murah dan praktikal, sebab tisu tu boleh buat lap mulut. Tapi kalau pergi kenduri kahwin rumah orang-orang yang berduit banyak, ada yang letak telur dalam bekas seramic dengan bentuk dan ukiran yang sangat cantik serta berkilat-kilat. Itu zaman dulu punya cerita.
Sekarang, doorgift di majlis perkahwinan dah semakin maju. Kebanyakan pengantin dan family pengantin berlumba-lumba nak sediakan doorgift yang paling unik dan lain daripada yang lain. Ada yang hadiahkan cupcakes, ada yang berikan homemade chocolate, ada juga yang berikan makanan-makanan ringan seperti kerepek atau yang paling busuk pun bagi gula-gula. Yang lagi kaya-raya, siap tempah cenderahati seperti keychain yang terukir nama pengantin, atau pasu hiasan rumah untuk tetamu-tetamu mereka.
Sebenarnya, apa-apapun yang ingin pengantin berikan kepada tetamu terpulanglah kepada bajet masing-masing. Cuma perkara yang ingin saya tekankan di sini ialah sejauh mana doorgift yang kamu berikan itu memberi manfaat kepada tetamu. Saya bukan nak kondem, tapi doorgift yang berbentuk cenderahati dan perhiasan-perhiasan kecil adalah sangat tidak relevan untuk diberikan kepada tetamu. Mungkin niat kamu nak suruh tetamu simpan kenangan perkahwinan kamu, tetapi berapa ramai yang suka simpan perhiasan begitu? Berapa ramai yang sanggup meminjamkan ruang di atas rak TV mereka untuk meletakkan cenderahati yang kamu berikan? Saya yakin daripada 1000 orang tetamu, hanya 50 orang sahaja yang akan betul-betul simpan dan hargai cenderahati tersebut. Bayangkan kos untuk kamu membeli cenderahati itu. Kalau sebiji harganya RM1.00 digandakan seribu, tidakkah RM1000 jadinya? Kemudian 950 bijik akan dibuang oleh 950 orang tetamu yang tak ada ruang nak simpan cenderahati kamu tu. Confirm buang. Kalau tak buang, anak-anak main baling-baling sampai pecah dan akhirnya tetap akan dibuang. Sedangkan kamu nak cari duit sebanyak RM1000 itu terpaksa makan Mi Sedap selama sebulan [Mi Sedap murah lagi daripada Maggi]. Pastu senang-senang je RM950 tu terbuang sia-sia, dibazirkan begitu sahaja. Sedih tak? Sedih tak? Haaa… tau pun sedih.
Sebab itu, untuk menyediakan doorgift kepada tetamu semasa majlis perkahwinan, saya sarankan supaya berilah sesuatu yang boleh dimakan. Walaupun hanya sebiji telur rebus. Telur rebus itu, kalau anak-anak kecil tak suka makan sekalipun, mak dia boleh kumpul kemudian esoknya boleh digunakan untuk masak lemak atau sambal telur. Takde bazir-bazir punya. Mungkin la ada sikit membazir, telur rosak atau sebagainya, tetapi tidaklah sehingga orang sengaja nak buang seperti cenderahati hiasan tu. Kalau ada peruntukan yang banyak, berilah kuih muih tempatan atau gula-gula pun dah cukup baik. Tak ada salahnya kalau tak mampu berikan keychain dengan ukiran nama sendiri kepada tetamu. Tak hina pun kalau beri kerepek pisang kepada tetamu. Asalkan boleh dimakan. Tak boleh simpan takpe. Kenangan perkahwinan kamu tak perlu la orang lain simpan, hanya kamu dan pasangan kamu sahaja yang menyimpannya pun sudah cukup.
Ataupun, kalau nak berikan juga sesuatu yang boleh disimpan, berikan sesuatu yang boleh digunakan seperti mug, gelas minuman, tuala kecil atau apa-apa sahaja yang boleh digunakan tanpa memerlukan tempat yang ‘istimewa’ untuk barangan itu. Faham tak maksud saya? Kalau mug atau cawan, letak je kat rak pinggan, tuan rumah boleh guna bergilir-gilir. Kalau keychain, rasanya setiap tetamu sudah pun memiliki keychain yang lebih bermakna pada kunci mereka. Hanya berapa peratus sahaja yang akan gunakan keychain itu. Berkahwin ni sebolehnya berjimat cermatlah. Saya tak bergurau. Kehidupan selepas berkahwin la yang lebih banyak memerlukan duit, bukannya semasa majlis itu semata-mata. Jadi, jika dapat berjimat semasa majlis perkahwinan, itu adalah lebih bijak. Fikirlah yang terbaik untuk semua pihak sebelum membuat keputusan ye?
PROMOSI KAD KAHWIN TERKINI DI www.kadlawo.com
Boleh buat tempahan online. Website kad kahwin paling cool](http://25.media.tumblr.com/tumblr_lz52axtzhn1r8rt2uo1_500.jpg)
Cenderahati atau Doorgift Yang Bermanfaat

Boleh buat tempahan online. Website kad kahwin paling cool
Beberapa Amalan Dan Adat Perkahwinan Di Johor
Majlis perkahwinan di Johor biasanya meriah sejak sebelum hari perkahwinan lagi. Beberapa hari sebelum majlis, jiran berdekatan dah sibuk datang membantu membuat persiapan. Bakal raja sehari pulak tak dibenarkan buat keje langsung. Keluar rumah pun tak boleh. Sehari sebelum majlis, lagi ramai jiran-jiran datang. Kalau di tempat saya, di Felda, satu blok dipanggil untuk bantu. Kita guna istilah ‘rewang’. Dari urusan mendirikan balai hingga memasak, semuanya ‘rewang’.
Sebelah malam pula ada Majlis Katam Quran dan Berzanji. Pengantin perempuan membaca surah-surah pendek dan doa katam quran. Kadang-kadang yang join katam quran tu beberapa orang. Pastu barula mula Majlis Berzanji. Masa ni la pengantin perempuan nak tunjukkan kemerduan suaranya. Selesai majlis tu, pengantin perempuan pun kene pakai inai.
Esok paginya semua dah bangun awal dan siap2 untuk Majlis Pernikahan. Ada yang buat nikah di masjid. Ramai juga yang buat di rumah. Majlis Pernikahan di rumah lagi meriah dan disaksikan semua yang ada. Waktu ni pengantin lelaki yang gabra sebab semua mata tertumpu pada dia. Tambahan lagi siap ada microfon. Bila Pak Imam dan saksi sebut ‘sah’ baru lah lega. Pengantin lelaki pun buat sujut syukur. Kalau tak tau nk baca apa, sujut aje la. Buat macam tau.
Sebelah petang barula pengantin bersanding dan makan berdamai sambil tetamu datang menjamu selera silih berganti. Waktu pengantin lelaki datang dan diarak untuk ke pelamin, waktu ni la yang paling ditunggu-tunggu. Sebab ramai yang nak join buat ‘tol’. Maksudnya rombongan pengantin lelaki kene beri sampul yang diisi duit kepada diorang. Kadang-kadang 3 ke 4 ‘tol’ kene lalu. Kat pintu masuk rumah, kat depan pelamin dan kat kerusi bersanding pengantin lelaki. Bagi pihak lelaki perlulah bersedia dengan sampul-sampul duit untuk dibagi kepada ‘jurutol’ yang tak tau malu tu. Lagi ramai sedara mara dan jiran tetangga, lagi banyak sampul-sampul duit yang pihak pengantin lelaki kene sediakan. Jangan lupa sediakan duit lebih kot-kot tak cukup. Nilai duit dalam satu sampul ikutla kemampuan. Masa majlis saya dulu isi 50 sen aje dan sedia dalam 50 sampul.Masa ni la pengapit pengantin lelaki kene pandai cakap untuk nak lepas tol-tol tadi. Kalau pandai runding, sampul duit tak kene kaluar banyak. Tapi tol yang terakhir memang susah nak runding sebab tu ‘mak andam’. Jangan pulak letak 50sen dalam sampul, RM5 pun tak ok. Kene letak RM50. Pastu kene sedia beberapa sampul untuk dia saja. Bila ok barula dapat naik pelamin.
Kat luar rumah, Mak bapak pulak sibuk ‘salam keruk’. Maksudnya salam sambil keruk duit yang dibagi oleh tetamu. Pendek kata suasana luar dan dalam rumah mmg meriah dan sibuk. Nak buat macam mana, yang penting sebelum majlis memang kene bersiap-sedia fizikal dan mental. Selesai majlis raja sehari,semua penat sangat tapi dah lega dan boleh berehat.
-Mila-
Cadangan Warna Tema Terkini Untuk Perkahwinan
Jika kamu inginkan kelainan untuk majlis perkahwinan kamu, pastikan kamu memilih warna tema yang benar-benar menyerlah. Kebiasaannya, warna tema yang dipilih oleh pengantin hanya 1 warna sahaja. Jika ungu, semuanya ungu. Jika biru, semuanya biru.
Bagi menyerlahkan majlis di hari perkahwinan kamu, apakata kamu pilih warna tema yang lebih terkini dan masih jarang digunakan oleh orang lain pada majlis perkahwinan mereka. Trend pemilihan terkini untuk dijadikan warna tema ialah dengan menggunakan gabungan 2 atau lebih warna. Warna-warna yang digabungkan seeloknya berada di dalam warna yang sama tetapi berlainan tone. Contohnya;

Gabungan 1 warna dengan 2 tona berlainan akan menyerlahkan lagi majlis perkahwinan kamu. Gabungan warna ini juga dapat menyelamatkan majlis kamu daripada kelihatan seperti ‘funfair’ jika kamu menggunakan gabungan warna yang terlalu banyak dan warna-warna tersebut pula tidak berkaitan antara 1 dengan lain. Begitu juga dengan pakaian pengantin. Kamu boleh memilih konsep yang sama iaitu menggabungkan 2 tona warna yang berlainan untuk 1 baju. Percayalah, gabungan sebegini akan menjadi sangat menarik.
Gambar di bawah ini, pelamin menggunakan kombinasi warna merah, merah jambu dan putih. Manakala baju pengantin wanita pula merah dan merah jambu.

Cadangan warna seterusnya juga berkenaan gabungan warna iaitu gabungan lebih daripada 2 warna tetapi masih lagi di dalam konsep ‘1 warna dengan tona berlainan’.

Gabungan 3 warna sebegini boleh digunakan untuk menyerlahkan bahagian tertentu di dalam majlis perkahwinan. Contohnya, tona yang paling gelap boleh digunakan hiasan bunga-bungaan manakala semua bahagian lain seperti pelamin, scallop, kerusi, karpet, langsir dan lain-lain menggunakan tona yang lebih cerah. Cerita guna perkataan tona-tona ni, macam iklan Garnier Light plak ye. 2 tona lebih cerah. :D
Bagi baju pengantin pula, kamu boleh jadikan warna gelap sebagai warna perincian kamu seperti labuci dan sulaman manik. Pastu kamu akan nampak sungguh menyerlah. Ingin dijelaskan, warna-warna terkini ini biasanya perlu dimulakan oleh seseorang. Butik pengantin mungkin tidak menyediakan warna yang mungkinkamu pilih ini, kerana mereka telah menetapkan set-set tertentu yang sedia ada. Oleh itu kamu carilah butik pengantin yang menerima tempahan custom untuk pelamin, bilik tidur dan baju pengantin kamu. Biar kamu menjadi yang pertama dan menjadi ikutan pula selepas ini. Apa-apa pun, asalkan mempunyai budget yang lebih.
Dan bagi bakal-bakal pengantin yang ingin berjimat pula, tidak mustahil untuk melaksanakan impian kamu, asalkan kamu cukup berani dan yakin, kamu boleh melakukan semuanya sendiri. Ramai juga kenalan saya termasuk saya sendiri yang membuat persiapan perkahwinan sendiri tanpa mengupah butik pengantin. Baju boleh ditempah sendiri, manik boleh dijahit sendiri, pelamin boleh di reka sendiri asalkan berkeyakinan.
Oh, sebelum terlupa saya ingin cadangkan satu lagi gabungan warna untuk tema perkahwinan iaitu gabungan apa-apa jua warna dengan warna putih. Warna putih ini biasanya akan menjadi penyelamat. Percayalah.

Gambar di bawah menunjukkan gambar pakaian pengantin dengan kombinasi turquoise [turkuaz] dan putih.
Warna cadangan untuk perkahwinan tahun 2012 ialah warna turquoise.

Selamat memilih!
Artikel oleh ~LydSunhine~ __________________________________________________________ Dapatkan promosi terbaru kad kahwin di kadlawo.com
Tips pemilihan cincin untuk perkahwinan
Cincin sering menjadi medium penghubung ikatan dalam setiap majlis perkahwinan untuk setiap manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Menurut adat Melayu, cincin risik sebagai tanda, cincin tunang sebagai janji dan cincin kahwin sebagai simbolik diri sipemakai sudah dimiliki.
Kekal atau tidak ikatan sebuah perkahwinan bukanlah terletak pada cincin yang dimiliki. Cincin hanyalah simbolik dan tuntutan adat dalam sebuah perkahwinan. Terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing untuk mempertahankan kebahagiaan perkahwinan tersebut.
Nilai cincin ditentukan menerusi bentuk, berat dan karatnya Karat (K) merupakan kadar emas dalam campuran aslinya yang bernilai 24K. Emas asli kurang sesuai dijadikan cincin kerana ianya bersifat lembut dan mudah berubah bentuk kesan dari pemakaian seharian.
Emas dicampurkan dengan logam lain seperti nikel, zink, dan tembaga. Emas 18K atau campuran 75 peratus menjadi pilihan.
Nilai cincin platinum bergantung kepada kadar campurannya dengan logam lain seperti iridium atau rutenium. Satu kadar platinum 900 plat bermaksud campuran tersebut berasaskan 90 peratus platinum dan 10 peratus iridium.
Pemilihan emas atau platinum bergantung kepada si pemakai. Soal alahan kulit turut mempengaruhi pemilihan jenis cincin.
Biasanya harga cincin ditentukan oleh berat dan kadar bahan yang digunakan. Jika perbelanjaan anda tidak memadai, selidik dahulu harganya di pasaran.
Jika anda mendapat harga cincin yang lebih rendah, jangan pula abaikan kualitinya. Emas dengan kadaran 14K boleh dipertimbangkan sebagai pilihan. Selain itu, belilah cincin ketika harga emas turun. Lebih banyak penjimatan yang bakal anda perolehi.
Bagi memastikan cincin perkahwinan tahan lama dan boleh dipakai sepanjang masa, perhatikan kualiti pembuatan dan keselesaan pemakainya. Keselesaan adalah faktor utama bagi pemilihan cincin.
Elakkan memilih cincin ketika cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk, atau selepas melakukan aktiviti fizikal berat.