Cenderahati atau Doorgift Yang Bermanfaat

Apabila pergi ke kenduri kahwin, tuan rumah mesti akan sediakan ‘doorgift’ untuk diberikan kepada tetamu-tetamu yang datang. Doorgift ni semakin lama semakin gempak. Dulu-dulu, semasa saya kecil,  apabila pergi ke kenduri kahwin hanya akan dapat telur rebus. Yang menjadikan telur tu gempak atau tidak hanyalah cara telur itu dibungkus. Kalau rumah orang-orang kebanyakan akan bungkus dengan plastic berkilat yang berlubang-lubang dan perlu di’staple’ kat atas. Ada yang lagi sempoi main balut dengan tisu burger je. Jimat  sangat sebab harga tisu kan murah dan praktikal, sebab tisu tu boleh buat lap mulut. Tapi kalau pergi kenduri kahwin rumah orang-orang yang berduit banyak, ada yang letak telur dalam bekas seramic dengan bentuk dan ukiran yang sangat cantik serta berkilat-kilat. Itu zaman dulu punya cerita.
Sekarang, doorgift di majlis perkahwinan dah semakin maju. Kebanyakan pengantin dan family pengantin berlumba-lumba nak sediakan doorgift yang paling unik dan lain daripada yang lain. Ada yang hadiahkan cupcakes, ada yang berikan homemade chocolate, ada juga yang berikan makanan-makanan ringan seperti kerepek atau yang paling busuk pun bagi gula-gula. Yang lagi kaya-raya, siap tempah cenderahati seperti keychain yang terukir nama pengantin, atau pasu hiasan rumah untuk tetamu-tetamu mereka.

Sebenarnya, apa-apapun yang ingin pengantin berikan kepada tetamu terpulanglah kepada bajet masing-masing. Cuma perkara yang ingin saya tekankan di sini ialah sejauh mana doorgift yang kamu berikan itu memberi manfaat kepada tetamu. Saya bukan nak kondem, tapi doorgift yang berbentuk cenderahati dan perhiasan-perhiasan kecil adalah sangat tidak relevan untuk diberikan kepada tetamu. Mungkin niat kamu nak suruh tetamu simpan kenangan perkahwinan kamu, tetapi berapa ramai yang suka simpan perhiasan begitu? Berapa ramai yang sanggup meminjamkan ruang di atas rak TV mereka untuk meletakkan cenderahati yang kamu berikan? Saya yakin daripada 1000 orang tetamu, hanya 50 orang sahaja yang akan betul-betul simpan dan hargai cenderahati tersebut. Bayangkan kos untuk kamu membeli cenderahati itu. Kalau sebiji harganya RM1.00 digandakan seribu, tidakkah RM1000 jadinya? Kemudian 950 bijik akan dibuang oleh 950 orang tetamu yang tak ada ruang nak simpan cenderahati kamu tu. Confirm buang. Kalau tak buang, anak-anak main baling-baling sampai pecah dan akhirnya tetap akan dibuang. Sedangkan kamu nak cari duit sebanyak RM1000 itu terpaksa makan Mi Sedap selama sebulan [Mi Sedap murah lagi daripada Maggi]. Pastu senang-senang je RM950 tu terbuang sia-sia, dibazirkan begitu sahaja. Sedih tak? Sedih tak? Haaa… tau pun sedih.

Sebab itu, untuk menyediakan doorgift kepada tetamu semasa majlis perkahwinan, saya sarankan supaya berilah sesuatu yang boleh dimakan. Walaupun hanya sebiji telur rebus. Telur rebus itu, kalau anak-anak kecil tak suka makan sekalipun, mak dia boleh kumpul kemudian esoknya boleh digunakan untuk masak lemak atau sambal telur. Takde bazir-bazir punya. Mungkin la ada sikit membazir, telur rosak atau sebagainya, tetapi tidaklah sehingga orang sengaja nak buang seperti cenderahati hiasan tu. Kalau ada peruntukan yang banyak, berilah kuih muih tempatan atau gula-gula pun dah cukup baik. Tak ada salahnya kalau tak mampu berikan keychain dengan ukiran nama sendiri kepada tetamu. Tak hina pun kalau beri kerepek pisang kepada tetamu. Asalkan boleh dimakan. Tak boleh simpan takpe. Kenangan perkahwinan kamu tak perlu la orang lain simpan, hanya kamu dan pasangan kamu sahaja yang menyimpannya pun sudah cukup. 
Ataupun, kalau nak berikan juga sesuatu yang boleh disimpan, berikan sesuatu yang boleh digunakan seperti mug, gelas minuman, tuala kecil atau apa-apa sahaja yang boleh digunakan tanpa memerlukan tempat yang ‘istimewa’ untuk barangan itu. Faham tak maksud saya? Kalau mug atau cawan, letak je kat rak pinggan, tuan rumah boleh guna bergilir-gilir. Kalau keychain, rasanya setiap tetamu sudah pun memiliki keychain yang lebih bermakna pada kunci mereka. Hanya berapa peratus sahaja yang akan gunakan keychain itu. Berkahwin ni sebolehnya berjimat cermatlah. Saya tak bergurau. Kehidupan selepas berkahwin la yang lebih banyak memerlukan duit, bukannya semasa majlis itu semata-mata. Jadi, jika dapat berjimat semasa majlis perkahwinan, itu adalah lebih bijak. Fikirlah yang terbaik untuk semua pihak sebelum membuat keputusan ye?

PROMOSI KAD KAHWIN TERKINI DI www.kadlawo.com
Boleh buat tempahan online. Website kad kahwin paling cool